Macaroni Daging Cincang
Bahan-bahan
110gm macaroni elbow saiz sederhana
300 gm daging cincang
½ cawan cheese cheddar parut
1/2 cawan tomato puree
4 bawang putih dicincang
1 bawang holland dicincang dadu
½ cawan minyak zaitun untuk menumis
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar herba itali kering
Garam secukup rasa
Cara penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.Masukkan daging cincang dan Masak seketika.
2. Masukkan tomato puri, sos cili dan herba itali kering. Masukkan macaroni yang telah direbus dan garam secukup rasa. Kacau rata dan goreng seketika.
3. Akhir sekali masukkan parutan cheese cheddar dan bolehla dihidangkan. Hiaskan dengan daun sup/ketumbar.
Siap 😊